Monday, April 3, 2017

29/3/2017 tahun ke 9 di Qatar



Tahun ke 9! Hohoho! 
Asalnya rancang nak duduk sini 5 tahun je.tapi pejam celik pejam celik dah lebih dah.alhamdulillah,rezeki masih disini.sesungguhnya perancangan Allah SWT sangat cantik , teratur dan penuh hikmah melebihi segala perancangan manusia.

Tarikh 29/3/2008 . Pertama kali jejak kaki ke sini,cuaca panas ,suasana asing ,serba serbi asing,timbul rasa takut dan nak balik segera ke tanahair .tak pernah jalan jauh,tak pernah ada pengalaman dan 'homesick' datang tak kira masa ketika itu.



Ayah..Dia ke sini awal 4 bulan dari mama dan anak2. ayah mula ke Qatar pada  18/11/2007.dan ayahlah yang banyak bantu dari segi emosi dan semuanya kerana sudah ada pengalaman.lagipun dah namanya suami,memang perlulah ayah menenangkan keadaan supaya isteri dan anak2nya tidak terkena kejutan budaya ..dan yang penting kami ada ibubapa dan kaum keluarga yang mendoakan serta kawan-kawan yang sama-sama bantu kami dari semua segi dari awal kami datang sehingga sekarang. alhamdulillah.kami kawan sehingga ke hari ini.tak ramai, tapi ada.alhamdulillah.

Pengalaman duduk disini ibarat  sama macam kita tinggal jauh dari kampung halaman demi tugas masing2 dinegeri lain,cuma bezanya  jarak lebih jauh.
Perbezaan bahasa dan budaya bukanlah satu masalah kerana lama-kelamaan akan jadi 'biasa'..insyaAllah.yang penting pandai-pandailah bawa diri ditempat orang.elak mana yang patut dielak,dekat mana yang patut kita mendekat.insyaAllah selamat.



Mama...Dari seorang penjawat awam,mama bertukar jadi surirumah tangga sepenuh masa .setelah berfikir dan mengambil kira banyak perkara dalam tempoh 6 bulan mengambil cuti tanpa gaji.mama buat keputusan untuk terus berhenti dan mengikut ayah untuk tinggal di sini ,di Qatar. Mula2 memang kekok dan rinduuuuu nak kerja.rindu dunia 'sosial' sepanjang bekerja dan rakan taulan seperjuangan,pendek kata rindu semuanya,tapi lama kelamaan mama akur.berkorban kerana niat yang baik,insyaAllah Allah permudahkan semua.ada yang tanya,kenapa tak kerja di Qatar? Mama hanya jawab 'cukuplah sekadar cukup,jangan berlebih-lebih'.insyaAllah hati selalu bahagia .alhamdulillah.

Benar,adakala datang ujian kita tak dapat kawal emosi,rasa rendah diri .setiap kali balik ke Tanahair,bila orang dengar kita tidak berkerja,kita hanya 'duduk saje' katanya.hmmmmm pemikiran begini bila dilayan,boleh memakan diri,oleh itu,diam lebih baik.hanya Allah tahu dalam 'duduk saje' kita.mama pesan pada diri,jangan mengungkit,bercerita atau berdebat menunjuk apa yang kita telah buat atau apa jasa dan pengorbanan yang kita buat kerana mama takut hanya tinggal 'guni kosong' tanpa sisa. Siapa yang rugi?tentulah diri sendiri.maka diam sahaja,diamlah.



Anak2.. Alhamdulillah.membesar disini,kenal sedara mara,masih kenal budaya kita,masih fasih berbahasa ibunda meski belajar dinegara asing.masih kukuh pegangan  agama kerana dimana2 pun berada,ilmu Allah tak pernah lupa.insyaAllah,semoga berkekalan begitu hendakNya.

Kami.. tak pasti sampai bila disini,kami percaya dan yakin akan perancangan Allah SWT untuk kami.kami percaya Allah sebaik-baik perancang.selagi rezeki disini,insyaAllah disinilah kami.

"Maka nikmat yang mana hendak didustakan?"..tiada ...memang tiada. Terima kasih Allah.
 




๐ŸŒน29/3/2008-29/3/2017. 9 years  & counting.insyaAllah.๐ŸŒน

Sunday, March 12, 2017

ESP shaklee #diarishaklee



#diarishakleeitasaari masih aktif.mama masih aktif sebagai pengedar, cuma sekarang lebih kepada menjadi pengguna sahaja  atas sebab-sebab peribadi..mama happy bersama shaklee.satu-satunya produk kesihatan dan kecantikan yang paling lama  mama amal. 

Salah satunya tu yang kat atas tu.paling lama mama minum.pagi,petang dan malam.banyak khasiatnya. Mula2 memang la macam malas  nak bancuh ,lama kelamaan jadi rajin dan yang paling best mesti nakkkkkk je. 

Mama amalkan untuk tenaga dan yang paling penting dah tentu untuk kulit!suka tau tengok kulit halus dan tak kusam..ada masalah sikit2 tu biasalah,tapi nampak kesan yang bagus bila mama maintain minum pagi petang siang malam gituuuu.

Selain itu,minum esp ni membantu mama untuk tidak kena gastrik macam dulu2,asal lambat makan ,mesti perut masuk angin,tapi sekarang nak jadi asbab,minum esp boleh kurangkan gastrik mama.alhamdulillah. 

Tu kat atas tu masa stok dah nak habis.risau sangat2.nak beli dan kirim dengan mak saudara  kawan,tup2 stok habis terus dekat HQ,bila dah ada stok ,dah terlepas tarikh pulak,so mama redho je la..nak jadi rezeki lepas tu dapat pinjam dengan adik manis.pinjam tau,pinjam..maklumlah  susah nak bawa masuk sini ,kecuali kirim kawan2 @ balik sendiri ke malaysia dan bawa masuk Qatar. Tu dapat dah 1. Nak kena ganti nanti. Semoga dipermudahkan. 

So kalau korang nak try boleh la try.

Okeh,mama berhenti kat sini dulu.apa2 hal mesej /wasap mama ye. semoga jumpa lagi. Babai.
Assalamualaikum wth.

#diarishakleeitasaari

Friday, February 24, 2017

Kek pisang gebu

Assalamualaikum wth..
Salam jumaat untuk semua.
Hari ni sekali lagi mama nak kongsikan resepi kek pisang gebu.kenapa gebu? Ye sebab gebu dan yang penting  anak2 suka.

Resepi ni mama minta dengan Lin.dan mama dah minta izin pun untuk kongsikan dengan yang memerlukan. Perkara yang baik kalau dipanjang-panjangkan insyaAllah yang baik2 juga datangnya.

Kalau tengok resepi yang mama buat sebelum ni,berbeza jumlah pisang,yang lain2 hampir sama.dan hasil resepi ni lebih gebu dan lembap gituu..baupun lebih wangiiiii...

Jom tengok.nanti boleh cuba.



๐ŸŒKek pisang .๐ŸŒ

1 1/2 cawan tepung gandum

1 cawan gula (kisarkan)

4 biji telur

5 biji pisang

1 cawan minyak masak

1 sk soda bikarbonat

1 sk baking powder

1 sk esen vanilla


(Sk=sudu kecil)


Cara-caranya:


Pukul telur bagi kembang 

Masukkan minyak ,esen vanilla dan gula.


Lenyekkan pisang..(nak nampak urat2 pisang lebih halus lenyekkan sampai betul2 hancur  @ nak nampak lebih urat ,lenyek kasar2,boleh pilih mana2 ikut selera dan citarasa masing2,tapi mama pilih lenyek kasar2)


campurkan tepung yang diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder.


Satukan semua dan masuk dalam loyang.


Panaskan oven.bakar adunan kek 40 -50 minit dengan suhu 180'c (ikut oven memasing). Siap! InsyaAllah jadi๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป



Sebelum dibakar

Selepas dibakar(tergaring tanpa sengaja) ;)

Taraaaaaaaa...alhamdulillah.cubaan kali pertama yang membuatkan mama sangat2 puas hati dan gembira berhari-hari.hehe

Selamat mencuba untuk korang okeh!


Buat apa2 pun kalau dah try dan menjadi memang kita happy.tak kiralah apa2 pun.alhamdulillah.terima kasih Lin. Semoga bermanfaat rezeki yang dikongsikan ni .inshaAllah Aamiin.

Ok.semoga jumpa lagi di lain kali.try jangan tak try๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Assalamualaikum wth. 24/2/2k17



Sunday, February 19, 2017

hujan & panas

Assalamualaikum wth.. selamat  bertemu kembali .
Tu tajuk kat atas tu mengikut Cuaca kat Doha yang  sejak kebelakangan  ni kejap2 hujan kejap2 panas.. jadi HUJAN PANAS.itu tandanya dengan Kuasa Allah ,musim sejuk dah nak berakhir dah.
Apapun yang Allah bagi,itu NIKMAT bukan yang sia-sia..

Ok  berbalik kepada tajuk.
-Nasi hujan panas-

Mama tak sertakan resepi sebab bahan2 semuanya mama main  "agak2" dan "campak2" je.kesian kat korang yang baru nak try,kang kot2 jadi lain.mama juga yang salah.makanya kalau nak resepi sila google,banyak resepi dari orang2 yang lebih pandai masak korang boleh dapat.insyaAllah.bahan2 yang mama guna sama.cuma berbeza sukatan.

Ni mama cuma nak tayang je.simpan gambar ni dalam blog supaya akan datang boleh jadikan rujukan,untuk mama mahupun anak2.. hehehe

So selamat melihat๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†..

 
Mama puas hati..alhamdulillah sangat2..cuba dan cuba lagi untuk akan datang..insyaAllah.

Ok tu je nak update.jumpa lagi insyaAllah.
Babai Assalamualaikum wth.

Monday, January 30, 2017

Resepi Kek 'marble' mudah sekali lagi.

Misi memadam gambar dalam telefon!! Maka,marilah clear mana yang patut. Dah pilih2 masuk dalam IG untuk kenangan dan selebihnya haruslah dipadam ,yang elok2 simpan duk diam diam je kat situ okeh.

Terpandang gambar kek marble yang mama rasa sayang nak delete.so mama abadikan dalam blog sendiri.mana tahu akan datang boleh dijadikan rujukan.gituuuu..

Sekali lagi! Mama sertakan resepi. Resepi yang sama macam mula2 mama buat dulu.jom tengok!!

Sebelum dibakar.

Selepas dibakar.


Nah resepi nya:


4 biji telur

1 cawan gula

1 cawan susu segar

1 cawan minyak 

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh esen vanila

1 sudu teh baking powder

4 sudu besar serbuk koko


Cara2: 


pukul telur dengan gula,tak perlu sampai kembang,cukuplah sekadar sebati,lepas tu masukkan semua sekali bahan2 lain kecuali serbuk coklat. Dah sebati,bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian campurkan serbuk coklat. 


Ambil loyang,sapu minyak sikit,masukkan adunan tadi selang seli(adunan coklat/adunan putih) sampai habis. Pandai2 la corakkan untuk dapat hasil yang cantik.


Bakar 40 minit.suhu 150'c (ikut oven masing2)

InsyaAllah jadi.


Siap๐Ÿดselamat mencuba semua.



Jemput sama2 tengok yer.hehehe




Note:tulisan kecil sebab copypaste dari IG .

Ok bai...assalamualaikum wth..


Tuesday, January 17, 2017

#siskongsi


Assalamualaikum wth.. mama nak share lagi mana yang sempat .sambungan kelas usrah minggu ini.(16/1/17 @ Barwa city).

Jzzk kak yati yang buat nota ini dengan kemas dan mudah difahami.semoga Allah memberkati usaha kak yati dan kak zah .insyaAllah Aamiin.


Usrah Wakra: Fiqh 16/1/17

#Hadith yg kita belajar kali ini ialah hadith ke-3 dari Bab 1: Bersuci dari Buku Umdatul Ahkam. 

#Semasa kejadian yg dihadapi sahabat Rasulullah ๏ทบ, Saad Abi Waqas ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ tersebut Rasulullah ๏ทบ berteriak lantang hingga merah mukanya (menurut sebahagian riwayat). Sahabat tersebut ingin segera menunaikan solat sehingga tumit tidak terkena air wuduk.  Hadith ini diulang Rasulullah ๏ทบ sebanyak 3 kali



#Maksud ูˆูŠู„ dalam hadith ini:-
- ancaman keras
- penggunaannya dalam Al-Quran menunjukkan dosa besar
- contohnya dalam Surah Al-Ma'un ayat 4:-
                             
ูَูˆَูŠْู„ٌ ู„ِّู„ْู…ُุตَู„ِّูŠู†َ

"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat."
- Sekadar solat; tak fikirkan pahala
- Tak khusyuk
- Mengakhirkan waktu solat

#Pengajaran dari hadith ini:-
1. Wajib DIBASUH kaki termasuk TUMIT kecuali apabila memakai kaus kaki, kaki boleh diusap ketika berwuduk.

Info: Kaus kaki seperti stokin, kasut, sarung kulit

๐ŸŒŸRukun wuduk ada 4 anggota:-
- DIBASUH muka, DIBASUH tangan, DIUSAP kepala dan DIBASUH kaki
- Org yang tidak memakai kaus, perlu dibasuh kaki, bukan usap/sapu (usap x kena tumit)
- Kalau muka, spray muka bagi air mengalir.
- Tangan dibasuh, usap celah2 jari sunnah

๐ŸŒŸTidak perlu basuh kaki semasa berwuduk ialah rukhsah/ keringanan dengan syarat tidak buka kaus kaki dan tidak berhadas besar.  Caranya ialah berwuduk dahulu seperti biasa kemudian memakai kaus kaki.  Bila batal wuduk, hanya usap sekali atas kaus pada setiap kaki dari hujung jari ke atas.  Boleh bertahan selama 24 jam (tak bermusafir); 3 hari (bermusafir).

๐ŸŒŸAyat Al-Quran yang menyentuh tentang wuduk ialah Surah Al-Maidah ayat 6: 

ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ุฅِุฐَุง ู‚ُู…ْุชُู…ْ ุฅِู„َู‰ ุงู„ุตَّู„َุงุฉِ ูَุงุบْุณِู„ُูˆุง ูˆُุฌُูˆู‡َูƒُู…ْ ูˆَุฃَูŠْุฏِูŠَูƒُู…ْ ุฅِู„َู‰ ุงู„ْู…َุฑَุงูِู‚ِ ูˆَุงู…ْุณَุญُูˆุง ุจِุฑُุกُูˆุณِูƒُู…ْ ูˆَุฃَุฑْุฌُู„َูƒُู…ْ ุฅِู„َู‰ ุงู„ْูƒَุนْุจَูŠْู†ِ.. sehingga habis ayat

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali... "

- Ijma' ulama sepakat muka dan tangan DIBASUH
- Kaki dibasuh (ูˆَุฃَุฑْุฌُู„َูƒُู…ْ)
- Kaki diusap (Rasulullah pernah baca ู„ dengan baris kasrah/bawah --> boleh usap ketika khauf

2. Boleh berteriak untuk kebenaran.

3. Ketika mengajar, harus sebut berulang2 (Rasulullah ๏ทบ sebut 3 kali - bukan aib).

4. Dalam ibadah perlu ikut Rasulullah ๏ทบ seperti solat dan wuduk.
===========================
#Solat tidak boleh diremehkan- ibadat yg utama (tanpa perantaraan) dgn Allah
"Sejauh mana kita perhatikan solat kita,  menunjukkan sejauh mana kita perhatikan hidup kita" - ulama'

#Penentuan musafir ikut jarak (83-90km minimum).

-End-

Semoga bermanfaat untuk kami dan semua.insyaAllah.

Saturday, January 7, 2017

'Chocolate chip cookies' yang mudah




Nahhhhhh... resepi di malam hari. 
Sebenarnya mama tak rajin nak buat cookies @ masak beria-ria  malam2 ni,lebih2 lagi esok anak2 mama mula sekolah dan mama kena bangun pagi2 settle kan semua  sorang diri sebab ayah dipanggil keje.huhu..tapiiiii

Cookies ni permintaan anak2 mama.cuti sekolah bulan lepas mama tak sempat buat.maka gigihlah hari ini menunaikan hajat.

Mama google resepi,lepas tu tengok kat you tube,lepas tu pilih mana yang tak cerewet.yang penting semua bahan ada.terhasil lah cookies malam ni.sebelum ni mama dah pernah buat.resepi lain,tak sesedap yang ini ,atau mungkin mama dah terror barang kali.kahkahkahkahkah..ok (mama gurau)
Allah bantu bagi sedap.

Jom.tengok resepi.

Chocolate chip cookies.


1 1/2 cawan gula halus


1 cawan mentega/butter


1 cawan minyak masak


1 biji telur


1 sudu kecil esen vanila


1 sudu kecil cream of tartar(takde takpe).


๐Ÿ‘†๐ŸปKacau semua sekali sampai sebati berkasih sayang๐Ÿ˜‰


Kemudian masukkan :


4 cawan tepung gandum


1 sudu kecil baking powder


1 sudu kecil garam


1/2 cawan nuttela @ 4 sudu besar serbuk coklat.


2 cawan chocolate chip 


๐Ÿ‘†๐ŸปGaulkan semua sehingga sebati.(adunan memang sedikit lembik).


Sudukan ke dalam loyang mengikut saiz dan citarasa  masing-masing.


Bakar selama 15- 20 minit dengan suhu 150'c - 170'c (mengikut oven sendiri).


Biarkan  cookies sejuk sebelum dimakan @ di simpan.


Note:resepi campur2 dari pelbagai blog dan hasil tontonan you tube.selamat mencuba๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป








Salinan resepi tu mama copypaste dekat IG mama tadi. tulisan kecil sikit .mama guna handphone tak pandai nak adjust saiz.maka bertabahlah yek.

Note: Mula2 bancuh memang agak lembik,tapi percayalah,bakar sampai garing dibahagian bawah.dan kena biarkan sejuk dahulu untuk elak cookies pecah .nanti dah sejuk cookies jadi cantik dan rangup.jangan was-was. Mama yang acah2 pandai ni buat pun jadi,apatah lagi korang yang memang pandai ituuuu..

Okeh.selamat mencuba.