Monday, April 3, 2017

29/3/2017 tahun ke 9 di Qatar



Tahun ke 9! Hohoho! 
Asalnya rancang nak duduk sini 5 tahun je.tapi pejam celik pejam celik dah lebih dah.alhamdulillah,rezeki masih disini.sesungguhnya perancangan Allah SWT sangat cantik , teratur dan penuh hikmah melebihi segala perancangan manusia.

Tarikh 29/3/2008 . Pertama kali jejak kaki ke sini,cuaca panas ,suasana asing ,serba serbi asing,timbul rasa takut dan nak balik segera ke tanahair .tak pernah jalan jauh,tak pernah ada pengalaman dan 'homesick' datang tak kira masa ketika itu.



Ayah..Dia ke sini awal 4 bulan dari mama dan anak2. ayah mula ke Qatar pada  18/11/2007.dan ayahlah yang banyak bantu dari segi emosi dan semuanya kerana sudah ada pengalaman.lagipun dah namanya suami,memang perlulah ayah menenangkan keadaan supaya isteri dan anak2nya tidak terkena kejutan budaya ..dan yang penting kami ada ibubapa dan kaum keluarga yang mendoakan serta kawan-kawan yang sama-sama bantu kami dari semua segi dari awal kami datang sehingga sekarang. alhamdulillah.kami kawan sehingga ke hari ini.tak ramai, tapi ada.alhamdulillah.

Pengalaman duduk disini ibarat  sama macam kita tinggal jauh dari kampung halaman demi tugas masing2 dinegeri lain,cuma bezanya  jarak lebih jauh.
Perbezaan bahasa dan budaya bukanlah satu masalah kerana lama-kelamaan akan jadi 'biasa'..insyaAllah.yang penting pandai-pandailah bawa diri ditempat orang.elak mana yang patut dielak,dekat mana yang patut kita mendekat.insyaAllah selamat.



Mama...Dari seorang penjawat awam,mama bertukar jadi surirumah tangga sepenuh masa .setelah berfikir dan mengambil kira banyak perkara dalam tempoh 6 bulan mengambil cuti tanpa gaji.mama buat keputusan untuk terus berhenti dan mengikut ayah untuk tinggal di sini ,di Qatar. Mula2 memang kekok dan rinduuuuu nak kerja.rindu dunia 'sosial' sepanjang bekerja dan rakan taulan seperjuangan,pendek kata rindu semuanya,tapi lama kelamaan mama akur.berkorban kerana niat yang baik,insyaAllah Allah permudahkan semua.ada yang tanya,kenapa tak kerja di Qatar? Mama hanya jawab 'cukuplah sekadar cukup,jangan berlebih-lebih'.insyaAllah hati selalu bahagia .alhamdulillah.

Benar,adakala datang ujian kita tak dapat kawal emosi,rasa rendah diri .setiap kali balik ke Tanahair,bila orang dengar kita tidak berkerja,kita hanya 'duduk saje' katanya.hmmmmm pemikiran begini bila dilayan,boleh memakan diri,oleh itu,diam lebih baik.hanya Allah tahu dalam 'duduk saje' kita.mama pesan pada diri,jangan mengungkit,bercerita atau berdebat menunjuk apa yang kita telah buat atau apa jasa dan pengorbanan yang kita buat kerana mama takut hanya tinggal 'guni kosong' tanpa sisa. Siapa yang rugi?tentulah diri sendiri.maka diam sahaja,diamlah.



Anak2.. Alhamdulillah.membesar disini,kenal sedara mara,masih kenal budaya kita,masih fasih berbahasa ibunda meski belajar dinegara asing.masih kukuh pegangan  agama kerana dimana2 pun berada,ilmu Allah tak pernah lupa.insyaAllah,semoga berkekalan begitu hendakNya.

Kami.. tak pasti sampai bila disini,kami percaya dan yakin akan perancangan Allah SWT untuk kami.kami percaya Allah sebaik-baik perancang.selagi rezeki disini,insyaAllah disinilah kami.

"Maka nikmat yang mana hendak didustakan?"..tiada ...memang tiada. Terima kasih Allah.
 




🌹29/3/2008-29/3/2017. 9 years  & counting.insyaAllah.🌹

Post a Comment

Perantau yang pulang...

Assalamualaikum wth..mama kembali lagi.. Amboi tajuk,macam beria je kan.. Tapi begitulah,kadang2 tak sedar pun diri ni perantau .bila oran...