Bubur somsom

Salam ramadan ke 4.alhamdulillah.masih diberi kekuatan dan nikmat berpuasa buat kami sekeluarga diperantauan dan untuk korang juga hendakNya.

Hari ni mama nak kongsi resepi mudah.mama dan mudah adalah sinonim.kenapa? Sebab mama masak yang mudah-mudah je setakat ni.malas nak lelama kat dapur.hehehe..nampak tak,malasnya mesti ada sebab nak mudah dan jimat masa.

Jom tengok resepi.ada orang panggil bubur somsom,ada orang panggil bubur sumsum dan ada yang panggil puding beras.(credit to k.noly)..nama je lain-lain,tapi basic bahan-bahan tu sama.

Jom tengok!

Bubur sumsum/puding beras:

1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
3 @ 4 cawan air(nak keras buh 3 ,nak lembik buh 4) 
1 sudu kecil garam

Cara-cara:

Masukkan semua sekali ke dalam periuk/kuali,dengan api yang perlahan sahaja ,kacau adunan sehingga jadi pekat dan berkilat,JANGAN berhenti mengacau untuk hasil yang cantik.
Bila dah siap terus tuang ke dalam acuan atau bekas yang sesuai.

Tips:bila adunan dah berkilat dan dah ada bunyi 'letup2' tu tandanya adunan sudah masak.

Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.



Untuk manisan/air gula:

1 keping gula nisan/gula merah
1 cawan air
Sehelai daun pandan.(ikat simpul)

Cara-cara:

Masak semua sehingga sebati.tapis untuk hilangkan bendasing (jika ada).
Dan taraaaaaaa......

Siap! Enak dimakan begitu sahaja.selamat mencuba...


Bagi yang tertanya-tanya bagaimana rasanya,rasanya sama macam bahagian atas kuih lompat tikam,lemak lemak masin camtu.sangat sedap ok! 

Done! Alhamdulillah.selamat berpuasa..
Semoga jumpa lagi..assalamualaikum wth..

Note:30/5/2017 bersamaan 4 ramadan 1438H..selamat hari lahir untuk mak!..love you😘😘





Post a Comment

Popular posts from this blog

resepi kuih cara manis yang mudah dan sedap!

Resepi tart telur

Resepi sup cendawan tiram yang mudah!